-(CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W)-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,
baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu
Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam
enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini
adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan
oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter
air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral,
garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan
memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan
makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan
makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Bismillah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila
Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
-(CARA MINUM RASULULLAH S.A.W)-
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia
makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg
besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu
akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur
dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman
itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga
habis.
-SAMA-SAMALAH
KITA MENGAMALKAN CARA-CARA MAKAN DAN MINUM SEBAGAIMANA YANG DIAMALKAN
OLEH RASULULLAH S.A.W DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA UNTUK KEBAIKAN
BERSAMA-
-WASSALAM-
-info ini dipetik dari mirlme.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan