Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah
swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama
Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama
Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina
seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai
ketika tidur dan ketika berhadas besar.
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas
kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini
memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan
tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang
di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar
kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama
pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan
baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda
melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu
kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis
yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis
yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya
melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba
sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan
Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang
hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi
permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan
gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata
menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu
sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula
mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang
mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda.
Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun
belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati?
Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh
rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.
Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah
hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang
buruk tidak dipinta. Akhlak yang baik, lebih utama.
Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, mereka pun balik ke rumah masing-masing.
Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.
Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan
hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata:
“Sesungguhnya
telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi
Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru
inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi
isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.
Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga.
Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri
baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang
kepunyaannya kepada sesiapapun jua.
Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun
masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah
rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai
dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.
Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda,
maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke
perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi
kesemua mereka menafikannya.
Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan nelayan itu.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.
Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebut pun pergilah mendapatkan baginda yang
sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah
terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera
dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu,
ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja
Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda
terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan,
maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi
Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi
Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi
isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu
menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.
Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda,
Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan
manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan
cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu
dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannya ditelan oleh seekor ikan. Ifrit
meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari
kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang
menyamar sebagai baginda.
Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.
Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar
menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu,
masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka.
Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang
ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan
makan malam.
Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah. Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan
melihat keadaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga
berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan
kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya
itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang
hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah
teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.
Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.
Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak
hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifrit lah yang telah
mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin
terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu
Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit.
Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.
Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.
Info
ini dipetik dari : http://www.islam2u.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan