1.Memulakan sesuatu dengan perkara atau perbuatan
dengan membaca:
2).Amalkan Zikrullah
-Berzikirlah setiap masa, tak kisahlah tengah memandu,
memancing ikan, menyapu rumah,memasak, menunggu giliran temuduga dan pada
bila-bila masa lain yang terluang.
3. Amalkan membaca 3 Qul (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq
dan An-Nas)
- Sebanyak 3kali selepas subuh dan selepas maghrib(Kalau
baca terus Al ma'thurat lagi bagus)
4. Ayat Qursi
-In
Shaa Allah,Syaitan akan menangis dan terbakar bila kita membaca surah ini.
5. Surah Al-Baqarah
-Syaitan amat suka memecah belahkan rumahtangga suami
isteri supaya bercerai. Pasang CD atau MP3 dr komputer atau radio. Kalau kita nak
baca sendiri surah ni, itu lebih baik. Surah ini menjauhkan kita dari gangguan
syaitan. In Shaa Allah, bila syaitan mendengarnya, dalam masa tiga hari syaitan
tidak akan masuk dalam rumah.
6. Amalkan membaca "Lailahaillahllah wahdahula
syarikala lahulmulkuwalahul hamduyuhyiyayumitu wahuwa a'la qullisyai 'in
qadir"
-Syaitan paling takut dengan zikir ini.Baca 100kali
selepas subuh.
7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
-Sentiasalah dalam keadaan berwuduk. Bukan bila
sembahyang sahaja kita berwuduk, nak pergi keja, keluar rumah,nak pergi
sekolah, nak masuk tidur dan dalam segala apa sahaja perkara yang kita lakukan,
kita dalam keadaan berwuduk.
8.Sentiasa mengawal pandangan mata
-Syaitan
masuk dari mata. Jika kita suka tengok benda tak baik, akan jatuh dosa. Dan hati
kita pun akan kotor.
9.Perlu pandai memilih kawan
-Pilihlah kawan yang baik, kerana kawan yang baik
tidak akan membawa kita kearah dosa. Manakala kawan yang tak baik akan membawa
kita kearah dosa. Contohnya, bila kita berkawan dengan orang yang suka
mengumpat dan menyibuk hal orang lain, kita juga akan terikut-ikut akan
perbuatannya dan juga akan terpalit dengan keburukkan kawan kita.
10. Solat
-Jagalah
solat, kerana solat adalah tiang agama. Rajin-rajinlah buat solat sunat dan solat
hajat. Sentiasa membaca Al-Quran, kalau tak dapat baca panjang-panjang setiap
hari, bacalah setakat yang mampu. Kerana Al-Quran memberikan ketenangan dan
membersihkan hati.
11. Taubat
-Kita
hendaklah sentiasa bertaubat bila melakukan kesalahan, dan berusaha tidak akan
mengulanginya lagi. Ingatlah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa untuk
memperdaya kita dalam perkara-perkara kecil. Maka,taubatlah dengan ikhlas,
kerana syaitan segan dengan orang yang ikhlas.
-WASSALAM-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan